Sutera Hati


Namun tetap aku mendayung, walau gelombang terus menggulung
  

Tumblr Themes



0 notes

reblog

Aku masih menunggu jodohku
Mungkin dia juga sedang menantikan aku
Barangkali dia masih di dunia ini
Mungkin juga dia telah dahulu syahid

Tumblr Themes



60 notes

reblog

Tumblr Themes



0 notes

reblog

Tumblr Themes



0 notes

reblog

Tumblr Themes



741 notes

reblog

Be careful about wanting what others
have. There is always a price. Perhaps
God didn’t give it to you, because He knew
you wouldn’t be able to pay it
-Yasmin Mogahed  (via thisisme-noah)

(Source: the-muslim-psychologist, via pieceofme15)

Tumblr Themes



60 notes

reblog

Setelah kau penah berusaha mencuba
Akhirnya kau terdampar lesu kepenatan maka berehatlah
Usah lagi kau bergaduh dengan takdir yang tak berpihak pada kau
Allah sedang merancang sesuatu terindah untukmu..

Percayalah

-(via haneylikestars)

(via pieceofme15)

Tumblr Themes



4 notes

reblog

Selamat Hari Raya Gaza!

"Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!"

Di saat Syawal menjelang tiba,

Langsir perlu ditukar,
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap.

Baju baru mesti beli,
sedang baju mereka berlumuran darah.

Kasut baru dua pasang,
sedang mereka hancur kakinya.

Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung,
agar tertutup aurat ketika jasad ditemui.

Duit raya paling best,
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji.

Takbir raya paling syahdu,
sedang takbir mereka untuk para Syuhada.

Famili ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, di mana famili mereka?

Bunga api dan mercun di malam hari,
sedang mereka dihujani bom dan roket
sepanjang hari.

Kita mencium tangan ayah dan ibu,
sedang mereka mengucup dahi ibubapa
yang sudah tidak bernyawa.

Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara

Saling berpelukan bermaafan antara kita,
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan

Jiran tetangga dijemput makan,
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan.

Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi,
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital.

Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!

Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!

Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya, Jabaliyah dan Rafah!

Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!

Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim

dari lelehan darah calon ahli Syurga

dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian

dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba …

Di hari raya ini,

suara kemanusiaan telah terbungkam
di sebalik lagu raya, ketupat dan rendang …

simpati dan kasihan bermusim cuma
dihitamkan dengan tayangan Hari Raya Pertama …

alunan takbir, tahlil dan tahmid
berbeza antara dua benua …

Hari Raya kali ini
begitu tidak bermakna sekali rasanya
ketika memikirkan
Hari raya kita,
Hari raya mereka!

Tumblr Themes



0 notes

reblog

Tumblr Themes



1 note

reblog

Tumblr Themes



0 notes

reblog

Sangka Baik

Sirah malam ini..untuk iktibar diri sndiri..
.
Ni kisah zaman Sultan Murad k#4 Abbasid Empire Iraq:
.
Sultan Murad terasa pd satu mlm perasaan ketidak senang hati, maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan pengetua pasukan guard round masyarakat bandar Baghdad. Jadi mereka merayau sembunyi2 macam orang awam dan sampai kawasan tepi hujung kota dan terlihat seorang terbaring atas jalan raya. mereka pegi dekat dan sedar dia tu dah mati! Tetapi orang tempatan lalu buat tak peduli pun!
.
Jadi Sultan Murad pun teriak:
Hey apa ni? Mengapa kalian tak peduli si Mayyat ni?
Mana keluarga atau rumah nya?
Ada orang jawab si Mayyat ni orang ZANDIQ (fasiq jahat) peminum arak dan penzina pegi kpd pelacur!
.
Tegur si Sultan Murad; bukankah dia daripada Ummat Nabi Muhammad SAW? Sila tolong angkut jenazahnya kembali ke rumah nya! Bila sampai ke rumah nya, isterinya mula menangis dan orang awam tinggalkan dan balik. tinggallah Sultan Murad dengan teman ketua pengawalnya.
.
Si isteri semasa menangis teriak doa: ALLAH, kasihannya WALI ALLAH.. sesungguhnya ana saksi dia daripada kaum SOLEHIN!
.
Jadi Sultan Murad pun tegur si isteri: Macam mana awk panggil arwah Wali tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayat nya??
.
Jawab si isteri: Saya sudah sangka akan berlaku sedemikian!
Si suami selalu keluar waktu malam pegi kedai bar dan beli sebanyak mungkin botol arak bawa balik tuang buang dalam tandas rumah kami! Dia berdoa aku telah kurangkan bala arak yg ada untuk orang Islam.
Dan dia pergi ke wanita pelacur dan bayar duit suruh pelacur tutup pintu jangan ambil pelanggan lain mlm ni!
Balik ke rumah dia akn bersyukur, alhamdulillah kepada ALLAH yang beri taufiq ringankan dosa si pelacur dan pemuda orang Islam mlm ni.
.
Tetapi malang nya orang awam nampak dia beli arak dan masuk rumah pelacuran: jadi mereka sangka dia buat jahat!
Kata isterinya ,saya dah kata padanya: “Jikalau awk mati tak akan jumpa sesiapa yg mandikan kamu dan solat jenazah dan kebumikan kamu! “
.
Tetapi dia telah gelak dan jawab balik: Jangan takut!!! jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama dan wali-wali ALLAH!
.
Jadi menangislah Sultan Murad dan berkata: Benar lah si arwah! Aku ialah Sultan Murad! Esok kami akan mandikan arwah dan solat jenazah dan kebumikan nya.
.
Jadi pd esok hari solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara dan ramai orang awam lalu dan uruskan pengebumiannye
.
Maha Suci ALLAH! Kita hukum orang ikut yg kita nampak dan dengar saja apa percakapan orang.
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati; nescaya kita lebih waspada kawal lidah kita. Nescaya kita tambah taqwa kpd ALLAH …
.
Wahai Hamba hamba Allah!
.
Ya Allah mohon ihsankan sempurnakan DHOMIR zat intipati diri kita dan buatlah dengannya tiang teguh lindungi kita didunia dan di akhirat. Dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah.